JPJ Melaka lelong 34 kenderaan bulan depan
Bernama
Oktober 17, 2014 10:57 MYT
Oktober 17, 2014 10:57 MYT
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka akan mengadakan lelongan awam 34 buah kenderaan di Dewan Tun Fatimah, Kompleks JPJ Melaka, Bukit Katil di sini pada 3 Nov depan.
Pengarahnya Azaharuldin Abdullah berkata lelongan yang bermula 9 pagi itu melibatkan 27 buah motosikal, lima buah kereta dan dua buah van.
Beliau berkata daripada kenderaan yang dilelong itu, dua buah motosikal tidak boleh dilesenkan.
"Semua kenderaan tersebut akan dipamerkan untuk pemeriksaan awam pada 30 dan 31 Okt ini bemula di 9 pagi hingga 4 petang di tempat penyimpanan kenderaan sita di Kompleks JPJ Melaka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata orang awam yang berminat boleh mendapatkan dokuman penjualan lelong di Bahagian Kewangan JPJ Bukit Katil pada harga RM50 senaskah bermula 9 pagi hingga 4 petang mulai 20 hingga 31 Okt.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 06-2346127.