JPJ: Lesen memandu mangsa banjir hilang atau rosak diganti percuma
Bernama
Disember 7, 2013 07:45 MYT
Disember 7, 2013 07:45 MYT
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantikan lesen memandu mangsa banjir yang hilang atau rosak secara percuma.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad yang memberi jaminan itu berkata mangsa banjir bagaimanapun perlu membuat laporan polis terlebih dahulu dan membawa salinannya ke kaunter JPJ bagi mendapatkan lesen baharu.
"Itu adalah antara usaha JPJ yang prihatin dengan nasib malang mangsa banjir di negara ini dan diharap ia mampu melegakan sedikit kesusahan mereka," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan pembukaan institute memandu di Batu Buruk di sini hari ini.
Biasanya, membaharui lesen memandu yang hilang dikenakan caj denda sebanyak RM20.