PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengenal pasti pemilik kenderaan jenis Toyota Vellfire yang tular di media sosial kerana menggunakan lampu strob dan membunyikan hon hingga mengakibatkan pengguna jalan raya lain terpaksa memberikan laluan kepada kenderaan itu.
Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim berkata tindakan penguatkuasaan akan segera diambil terhadap pemilik kenderaan terbabit kerana pemasangan suar atau lampu strob tanpa kebenaran JPJ adalah satu kesalahan.
Beliau berkata pemasangan lampu itu tanpa kebenaran adalah salah mengikut Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 serta Peraturan 138 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59 dan boleh diambil tindakan tegas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
"Kenderaan yang terlibat dengan tugasan kecemasan seperti ambulans, kereta bomba, kenderaan kastam, kenderaan polis, kenderaan penjara dan kenderaan JPJ sahaja dibenarkan untuk mendapat hak laluan kenderaan lain di jalan raya.
Ia dengan cara menyalakan lampu strob dan membunyikan siren serta hon dua nada, dengan syarat pemandu kenderaan itu tidak memandu secara berbahaya, cuai atau tidak bertimbang rasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas JPJ menerima aduan awam melalui aplikasi TikTok berhubung penggunaan suar atau lampu strob oleh kenderaan jenis Toyota Vellfire.
Dalam video tular berdurasi 16 saat itu, kenderaan terbabit yang menggunakan lampu strob bertindak membunyikan hon mengakibatkan pengguna jalan raya yang lain terpaksa memberikan laluan kepadanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022

JPJ menerima aduan awam melalui aplikasi TikTok berhubung penggunaan suar atau lampu strob oleh kenderaan jenis Toyota Vellfire. - Gambar/ Sinar Harian/ Media sosial
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Tular isu buli: PIBG MCKK buat laporan polis, mahu ambil tindakan undang-undang
PIBG MCKK membuat laporan polis terhadap tiga pemilik akaun media sosial berhubung kenyataan berunsur fitnah yang dimuat naik di laman sosial.

Foodpanda ambil maklum dakwaan seorang penghantar makanan dizalimi
Foodpanda telah dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan akan menghubungi penunggang tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Reaksi 'geram' Raja Charles III undang perhatian di media sosial
Detik itu dirakam ketika upacara pertabalan Raja Charles III di Istana St. James di sini, pada Sabtu lalu.

Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Jelas Uncle Kentang, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.

Pemandu lawan arus di Bulatan Cheras dipenjara enam bulan, denda RM8,000
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara enam bulan serta denda RM8,000 selepas didapati memandu secara melawan arus di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur pada 13 Disember lalu.

Lagi kenyataan media palsu, Presiden UMNO pula didakwa letak jawatan
Surat yang menggunakan logo UMNO selain tertera nama Setiausaha Agung itu mendakwa Zahid Hamidi letak jawatan sebagai Presiden parti.

Kenyataan media Muhyiddin buat keputusan letak jawatan adalah palsu - Pegawai PMO
"Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap palsu."

"Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
Kisah ibu tunggal lima anak, Suzanne Anton, 45, membuka mata semua pihak bahawa pandemik turut memberi kesan kepada golongan M40.

Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO
UMNO menafikan surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tular di media sosial pada Jumaat.

Gambar cetus kontroversi: Nadira Isaac minta maaf kepada PU Amin, warga maya
Personaliti media sosial, Nadira Isaac tampil mohon maaf kepada Pencetus Ummah (PU) Amin dan warga maya susulan perkongsian gambar yang tular baru-baru ini.