Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menilai semula keberkesanan operasi khas yang dilancarkan sejak 1 Nov lepas bagi membanteras penggunaan lampu strob, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi di seluruh negara.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata penilaian terperinci sama ada operasi berkenaan diteruskan atau dihentikan akan diputuskan selepas operasi sebulan itu berakhir 30 Nov ini.
Dalam tempoh seminggu operasi itu, sebanyak 5,515 saman telah dikeluarkan terhadap tiga kesalahan itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya operasi bersepadu itu bukan untuk mencari kesalahan pengguna dan penguatkuasaan semata-mata malah ia lebih kepada mendidik pemandu mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya.
Operasi itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Darat Awam (SPAD).
Ismail berkata JPJ meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan kadar kemalangan maut.
Beliau berkata pihaknya menjangka sebanyak 10,716 nyawa akan melayang di atas jalan raya akibat kemalangan menjelang 2020.
"Jadi kita meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik agar jumlah kematian itu dapat dikurangkan kepada angka 5,358 orang setahun dalam tempoh yang sama," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan pengguna membuat pemeriksaan dan menyemak semula status kenderaan yang ditawarkan pada harga lebih rendah daripada harga pasaran.
"Jika pengguna merasa curiga dengan kenderaan yang dibeli (murah), boleh melakukan semakan kerana kita bimbang mungkin kereta itu dicuri atau kereta klon sehingga menyebabkan kerugian yang besar kepada pembeli," katanya.
Beliau berkata JPJ telah mengesan sebanyak 20 kenderaan klon dari tahun 2010 hingga 2013.
Beliau juga berkata mangsa bencana banjir atau tanah runtuh yang kehilangan dokumen seperti geran kereta atau lesen memandu boleh mendapatkan kembali dokumen berkenaan secara percuma di pejabat JPJ berdekatan.
Bernama
Sat Nov 08 2014

JPJ akan menilai semula keberkesanan operasi penggunaan lampu strob, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

JPJ tidak berkompromi dengan pemandu yang masih gunakan lampu strobe
JPJ Terengganu tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang masih ingkar dengan menggunakan lampu "strobe" dan HID.

Peraturan nombor pendaftaran, cermin gelap dan lampu 'strobe'
Penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap akan dilaksanakan bermula 1 Mei tahun depan.