"Jom Berbuka Puasa" mungkin dilanjutkan ke bandar lain
Astro Awani
Julai 22, 2013 08:39 MYT
Julai 22, 2013 08:39 MYT
Bulan Ramadan merupakan bulan terbaik bagi umat Islam merapatkan Ukhwah.
Menerusi majlis berbuka puasa misalnya, dapat meningkatkan lagi ikatan Silaturahim dan bersama-sama menjalankan ibadah seperti Tazkirah, Tadarus Al-Quran dan solat Terawikh.
Tidak melepaskan peluang, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian yang memperkenalkan acara "Jom Berbuka Puasa" di bawah program Festival Ramadan 2013.
Program yang dilaksanakan sejak tahun lepas itu mendapat sambutan menggalakkan pelancong tempatan dan luar negara.
Pihaknya bercadang untuk melanjutkan program tersebut ke serata bandaraya di Malaysia.
"Jom Berbuka Puasa" berlangsung sepanjang ramadan di Jalan Raja setiap Sabtu dan Ahad.
Klik video untuk berita penuh Astro AWANI.