Jokowi ucap tahniah, doakan hubungan Malaysia-Indonesia diberkati

Bernama
Mac 1, 2020 09:41 MYT
Jokowi mengharapkan hubungan baik antara dua negara terus dipelihara. - Gambar fail
Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menyampaikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan turut mendoakan pelaksanaan tugas yang beramanah dan sukses, serta hubungan baik kedua-dua negara terus diberkati Tuhan.
Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
LAPOR LANGSUNG: MY2020 Muhyiddin PM-8
Ucapan tahniah Jokowi itu disampaikan jurucakap Presiden Indonesia, Fadjroel Rachman, menerusi akaun twitter @fadjroel, pada Ahad.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada 10.33 pagi. -- BERNAMA
#hubungan dua negara #Jakarta #Joko Widodo #Malaysia #Malaysia2020 #Muhyiddin Yassin #MY2020 #Perdana Menteri #Presiden Indonesia