Johor rekod kes tertinggi antara tumpuan kenyataan media KKM

Astro Awani
Mac 1, 2021 19:20 MYT
Johor menjadi negeri yang paling banyak merekodkan jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin apabila 490 kes dikesan di negeri tersebut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Johor menjadi negeri yang paling banyak merekodkan jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin apabila 490 kes dikesan di negeri tersebut, diikuti Selangor (453) dan Sarawak (220).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah jangkitan baharu pada Isnin adalah sebanyak 1,828 menjadikan jumlah kumulatif kes di negara kini ialah 302,580.
Berikut adalah fokus utama kenyataan beliau:
1) Sebanyak 1,828 jangkitan baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes di negara kini ialah 302,580 kes.
2) Lima korban direkodkan pada Isnin yang menjadikan jumlah kematian di Malaysia kini mencecah 1,135.
3) Sebanyak 2,486 pesakit sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya di Malaysia adalah sebanyak 275,903.
4) Tujuh kluster baharu dikesan pada Isnin dengan lima daripadanya melibatkan tempat kerja, satu komuniti dan satu kumpulan berisiko tinggi.
5) Sebanyak 10 kluster tamat menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 488 kluster.
BACA: COVID-19: 1,828 jangkitan baharu , Johor rekod 490 kes, 5 korban
#Noor Hisham Abdullah #KKM #kesihatan #COVID-19 #kes positif #jumlah kematian #kementerian #kes baru #kes pulih #Johor #Selangor #Sarawak
;