Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan mengenakan surcaj SGD10 (RM40) kepada pengguna-pengguna kad Touch n Go yang membuat pengisian semula di kaunter Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata ini merupakan satu daripada cadangan yang dibincangkan dalam isu menangani kesesakan lalu lintas di kedua-dua pintu masuk berkenaan.
"Kita mendapati mereka yang membuat pengisian semula di kaunter-kaunter CIQ ini akan meninggalkan kenderaan mereka terbiar di tepi jalan yang akan menyebabkan kita kekurangan satu aliran lorong lalu lintas yang akhirnya menjadi punca kepada kesesakan.
"Jadi penyedia perkhidmatan Touch n Go perlu menambah baik perkhidmatan mereka untuk mengenakan caj ini.
"Sekiranya mereka tidak mahu dikenakan caj, mereka perlu mengisi semula awal dan melakukannya di kaunter-kaunter isi semula yang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di Taman Sutera Utama, di sini petang Isnin.
Tambahnya, antara cadangan lain yang difikirkan ialah membina laluan pejalan kaki dari CIQ BSI ke CIQ Woodlands, menambah kaunter-kaunter keluar dan masuk dan meletakkan lebih ramai polis bantuan pada waktu puncak.
Ini kerana langkah menurunkan bayaran levi daripada RM200 kepada RM50, masih tidak dapat menyelesaikan isu kesesakan kerana infrastruktur di kedua-dua kompleks BSI dan KSAB tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang melalui kedua-dua pintu masuk.
Antara langkah lain memudahkan pergerakan kenderaan berat adalah dengan mengasingkan lori kelas satu dan lori kelas dua, selain mengubah suai kaunter tol untuk lori di laluan sedia ada iaitu enam lorong di BSI dan tujuh lorong di KSAB.
Ini kerana kaunter sedia ada tidak dapat menampung saiz lori yang panjang dan sukar untuk membuat pusingan. Di BSI misalnya, daripada enam lorong yang ada, hanya tiga lorong boleh dibuka bagi memudahkan lori membuat pusingan.
Selain itu, cadangan membina laluan khas untuk pejalan kaki mengambil kira mereka yang didapati berjalan kaki merentasi tambak terutamanya pada waktu puncak.
"Laluan yang mereka gunakan itu laluan yang tidak selamat, maka JKR ketika ini sedang mencari cara bagaimana kita dapat memberikan kemudahan kepada pejalan kaki.
Selain itu, pihaknya akan meminta agar lebih ramai polis bantuan diletakkan di BSI dan KSAB bagi membantu melancarkan aliran lalu lintas khususnya kepada kenderaan berat kerana kesesakan hanya berlaku pada waktu puncak iaitu pukul 4.30 pagi hingga 8 pagi dan 6 petang hingga 9 malam.
Tambahnya, kesemua cadangan ini boleh dilaksanakan dan disiapkan dalam tempoh enam bulan bagi melancarkan aliran trafik di kedua-dua CIQ.
"(Sebagai langkah jangka panjang) kita juga mencadangkan untuk menambah 10 lagi pintu masuk dan pintu keluar di BSI dan KSAB," kata beliau.
Terdapat 38 pintu keluar dan 39 pintu masuk di BSI manakala 24 pintu keluar dan 24 pintu masuk di KSAB, tambah Hasni.
- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2018
Ini merupakan satu daripada cadangan yang dibincangkan dalam isu menangani kesesakan lalu lintas di kedua-dua pintu masuk berkenaan.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan
Srettha akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di wilayah selatan untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan.
Sistem kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun
Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KS
Imigresen Johor cari pendekatan, formula tambah baik sistem CIQ BSI dan KSAB
Tindakan itu selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang dizahirkan baginda menerusi satu perbincangan pada Selasa.
PM Anwar bertemu PM Thailand di Sadao
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Thailand, Srettha Thavisin.
Peruntukan RM168.70 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara - Fadillah
Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM168.70 juta dalam usaha mengatasi kesesakan di pintu-pintu masuk negara.
KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI
KDN meneliti cadangan membuka semula 'jalan pintas' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.
PRK Pulai: 30 peratus pengundi bekerja di Singapura, beberapa kaunter akan dibuka
Usaha itu dilakukan bagi memastikan sekitar 30 peratus pengundi Parlimen berkenaan dapat pulang pada hari mengundi ini.
Pengoperasian CIQ BSI, KSAB semakin cekap - MB Johor
Pengoperasian Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri dilihat semakin cekap dan baik.
Dua lagi warga asing ditahan kencing di tempat awam BSI
Dua lelaki warga asing ditahan kerana kencing di tempat awam di dalam bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Selasa lepas.
Kerajaan negeri tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atasi kesesakan BSI, KSAB - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata dia sendiri telah turun padang sebanyak 60 kali ke CIQ BSI dan 14 kali ke CIQ KSAB sehingga kini.