JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor membenarkan pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha diadakan mengikut beberapa perkara ditetapkan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata aktiviti itu boleh dilakukan di rumah penyembelihan yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) daerah masing-masing.
"Kita turut membenarkan ia dilakukan di kawasan masjid dan surau serta kawasan yang mempunyai ruang penyembelihan khusus lengkap dengan kebenaran Pejabat Kadi Daerah dan JPV.
"Bagaimanapun, sekiranya tiada ruang kelengkapan tersebut, maka hanya aktiviti memotong daging, membungkus dan edaran sahaja yang dibenarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Fared berkata semua jemaah masjid dan surau di negeri ini dibenarkan merapatkan saf solat berjemaah, berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata setiap jemaah digalakkan membawa sejadah masing-masing dengan pemakaian pelitup muka masih dikekalkan dalam fasa peralihan ke endemik.
Menurutnya aktiviti pengimarahan masjid dan surau termasuk kelas pengajian takmir, kuliah subuh, kuliah dhuha dan majlis zikir adalah dibenarkan namun bersalaman antara jemaah tidak digalakkan.
"Selain itu, tiada pemeriksaan suhu badan dan had umur (ditetapkan) dengan segala aktiviti memasak dan jamuan dalam kawasan masjid dan surau serta bermalam adalah dibenarkan kecuali tidak digalakkan bagi mereka yang bergejala.
"Masjid dan surau yang mempunyai dewan serbaguna turut dibenarkan mengadakan majlis perkahwinan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
Penyembelihan korban boleh dilakukan di rumah penyembelihan yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) daerah masing-masing. - Gambar hiasan/ Bernama
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Permohohan permit sembelihan luar boleh dibuat hingga 20 Jun - Veterinar
Permohonan bagi mendapatkan Permit Sembelihan Luar (PSL) bagi ibadah korban masih boleh dibuat sehingga 20 Jun, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 17 Jun
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman.
Jangan lakukan kesalahan undang dosa pada hari raya Aidiladha - Mufti Perlis
Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin malam tadi mengingatkan umat Islam agar menjauhi beberapa perbuatan berkaitan ibadah korban.
NGO Malaysia serah lembu korban di pedalaman Kemboja
Lembu-lembu itu akan diagihkan ke kampung-kampung terpilih dengan golongan sasaran adalah fakir miskin, anak-anak yatim dan sekolah tahfiz.
Aidiladha tuntut pengorbanan untuk bantu umat Islam di seluruh dunia
Hari Raya Korban bukan sekadar menuntut umat Islam untuk melakukan ibadah korban tetapi juga pergorbanan untuk membantu umat Islam di seluruh dunia yang hidup dalam keadaan ketakutan dan kedaifan.