JLKN beri seminggu untuk Kem White resort perbaiki kemudahan

Astro Awani
September 13, 2013 12:18 MYT
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah meminta pihak pengurusan Kem White Resort di Balik Pulau, Pulau Pinang memperbaiki serta-merta kemudahan penginapan serta sajian makanan kepada pelatih dalam tempoh seminggu.
Ini susulan 200 pelatih PLKN di kem white resort, balik pulau ugut untuk tinggalkan kem akibat tidak berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Rozainor Ramli berkata, pihaknya memandang serius isu yang dibangkitkan pelatih PLKN di kem tersebut terutamanya dari aspek penginapan dan sajian makanan yang disediakan.
Katanya,JLKN telahpun mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan kem untuk mengatasi masalah tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan pelatih di situ.
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.
#Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) #Rozainor Ramli
;