JKNT nafi kes COVID-19 di Pasar Borong Gong Pauh
Bernama
Mei 14, 2020 07:36 MYT
Mei 14, 2020 07:36 MYT
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) pada Khamis menafikan maklumat yang tular di Facebook kononnya terdapat kes COVID-19 di Pasar Borong Gong Pauh di sini, iaitu dalam kalangan pemandu lori sayur dari Selayang, Selangor.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata sebenarnya, aktiviti saringan yang dijalankan terhadap peniaga di pasar berkenaan semalam adalah sebagai langkah berjaga-jaga dan proaktif dilakukan pihaknya untuk mencegah penularan wabak itu di negeri ini.
"Pihak jabatan menafikan sepenuhnya kenyataan yang tular itu... saringan tersebut dilakukan untuk mengekalkan status zon hijau di Terengganu.
"Pasar Borong Gong Pauh dipilih sebagai lokasi saringan kerana ia berisiko sebagai pusat penularan memandangkan ia merupakan tempat tumpuan ramai dan sentiasa sesak dengan pengunjung," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, JKNT meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak sahih dan tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA
#berita
#COVID-19
#Facebook
#jabatan kesihatan
#JKNT
#kegusaran
#kesihatan
#Pasar Borong Gong Pauh
#pengunjung
#peniaga
#saringan
#Selayang
#Semak Fakta
#sesak
#terengganu
#tidak benar
#tidak sahih
#tumpuan ramai
#wabak
#zon hijau