JKNS umum perkhidmatan doktor udara akan beroperasi bermula 16-25 Februari

Nuzuluddin Abdul Razak
Februari 14, 2022 18:44 MYT
Untuk maklumat lanjut mengenai PDU boleh berhubung secara terus Penolong Pegawai Perubatan, Junaidi Othman di talian 082-473200 sambungan 296 atau 013-841 6735. - Gambar hiasan
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mendedahkan Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) akan beroperasi bermula 16 hingga 25 Februari ini melibatkan bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Kapit, Bintulu dan Miri.
Untuk bahagian Kuching, perkhidmatan itu akan berada di Kampung Sapit dan Kampung Rejoi Nyegol pada 23 Februari.
Manakala pada 24 Februari, PDU akan diteruskan di Kampung Muk Ayun pada sebelah pagi dan petangnya di Kampung Bojong Sting.
Sementara itu, Bahagian Samarahan pula, Plaie Atas dan Pendawan (18 Februari), SRK Tuba Tengah (21 Februari) dan Muding serta Kampung Ijok pada 22 Februari.
Di Sri Aman, perkhidmatan itu akan diadakan di Rh Bada, Nanga Talong pada sebelah pagi manakala Ulu Akup pada sebelah petang 16 Februari manakala RH Bawie, Ulu Lemanak akan diadakan pada 17 Februari pagi.
Di bahagian Kapit, perkhidmatan ini boleh didapati di Rh Achau dan Rh. Layang pada 16 Februari; Rh. Ai anak Jalin, Sungai Entawau pada 17 Februari; Long Unai pada 18 Februari.
Sementara itu di Sang Anau dan Batu Keling pada 21 Februari, Long Jawe dan Long Kebuho pula pada 22 Februari dan diteruskan di Long Tanyit pada 23 Februari, Punan Busang dan Lusong Paku pada 24 Februari, dan Long Kajang dan Long Abit pada 25 Februari.
Perkhidmatan sama juga boleh didapati di bahagian Bintulu bermula dari 23 hingga 25 Februari melibatkan Rh Drick, Jelalong, Tubau, Rh. Felix, Tubau, Rh Robert, Long Biyak di Ulu Kakus dan Rh Renang serta Rh Jaling masing-masing di Sigu.
Di bahagian Miri, perkhidmatan tersebut akan beroperasi di Ba Purau, Long Liau, Long Buken, Ba Ajeng, dan Long Kawi pada sebelah pagi bemula pada 16 hingga 22 Februari.
Untuk maklumat lanjut mengenai PDU boleh berhubung secara terus Penolong Pegawai Perubatan, Junaidi Othman di talian 082-473200 sambungan 296 atau 013-841 6735.
#Doktor udara #Sarawak #kesihatan #Jabatan Kesihatan Negeri
;