JKNJ jalan siasatan terperinci insiden bayi jatuh di HSI

Muhammad Aiman Hakeem
Julai 22, 2023 18:41 MYT
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang melakukan siasatan terperinci berhubung insiden bayi terjatuh ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), baru-baru ini.
JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang melakukan siasatan terperinci berhubung insiden bayi terjatuh ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, baru-baru ini.
Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut@Ahmad berkata sehubungan itu, pihak hospital memohon agar mana-mana pihak tidak membuat sebarang andaian berkaitan kejadian terbabit.
"Pihak hospital berasa kesal terhadap insiden yang berlaku. Satu perjumpaan bersama ibu bapa telah diadakan pada Isnin lepas dan penerangan telah diberikan berkenaan insiden, keadaan bayi serta rawatan selepas kejadian.
Untuk makluman, keadaan bayi adalah stabil dan berada dalam pemantauan rapi pihak hospital," katanya menerusi hantaran di Facebook JKNJ, hari ini.
Terdahulu, tular satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang sedih dan kesal berikutan kejadian yang menimpa bayinya ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
-- BERNAMA
#JKNJ #siasatan terperinci #bayi jatuh di HSI #Hospital Sultan Ismail
;