KANGAR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis sedang mengesan waris dan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki kini berusia kira-kira empat tahun, yang ditinggalkan kepada seorang wanita di hadapan pusat beli belah BJ Court Pulau Pinang, pada 2017.
JKM Perlis dalam kenyataan memaklumkan seorang wanita telah meninggalkan kanak-kanak itu ketika dia berusia lingkungan dua hingga tiga bulan kepada seorang wanita lain bernama Hafiza Ezab pada 5 Julai 2017 di hadapan pusat beli belah tersebut.
Menurut JKM Perlis wanita berkenaan meminta Hafiza menjaga kanak-kanak itu sebentar sementara menunggu ibu kandungnya datang untuk mengambil anaknya, namun setelah beberapa ketika, tiada sesiapa yang datang menuntut kanak-kanak itu dan dia kini dijaga oleh ibu kepada Hafiza yang tinggal di Perlis sebagai anak angkat.
"Sehingga kini ibu kandung kanak-kanak itu terus menghilangkan diri dan gagal dikesan. Kanak-kanak itu juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Jelas JKM Perlis, pencarian ibu kandung atau waris dibuat bagi membantu urusan penempatan dan penjagaan terbaik bagi kanak-kanak itu yang akan ditentukan oleh Mahkamah Kanak-Kanak.
"Ibu kandung atau waris kanak-kanak ini diminta tampil menghubungi Pelindung JKM Perlis Isma Liza Mohd Isa dengan menelefon 04-9731926 atau 04-9731967 bagi membincangkan hal penjagaan kanak-kanak itu," menurut JKM Perlis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
![JKM cari waris kanak-kanak ditinggalkan di BJ Court Pulau Pinang JKM cari waris kanak-kanak ditinggalkan di BJ Court Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636632763_JKMNegeriPerlisca.jpg)
Pencarian ibu kandung atau waris kanak-kanak itu dibuat bagi membantu urusan penempatan dan penjagaan terbaik untuknya yang akan ditentukan oleh Mahkamah Kanak-Kanak. - Facebook/ JKM Perlis
![Trump sifatkan pembukaan Olimpik Paris sebagai 'memalukan' Trump sifatkan pembukaan Olimpik Paris sebagai 'memalukan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721599360_DonaldTrump.jpg)
Trump sifatkan pembukaan Olimpik Paris sebagai 'memalukan'
Calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris minggu lepas sebagai memalukan.
![Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719570981_TBPekanRamli.jpg)
Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia
Dengan adanya universiti sukan ini, ia mampu dijadikan sebagai tempat pemusatan kepakaran akademik yang membolehkan pelbagai kajian dan inovasi kreatif dalam bidang sukan dilaksanakan.
Naran Singh tarik diri wakili warga Israel, Avitan Shalom
Peguam Datuk Naran Singh memberitahu Mahkamah Sesyen di sini Kuala Lumpur, beliau tidak lagi mewakili warga Israel, Avitan Shalom, yang didakwa atas dua pertuduhan memiliki 158 peluru dan memperdagang enam pistol.
Suhu maksimum dijangka cecah 37 darjah celcius sahaja sehingga 5 Ogos
Met Malaysia melaporkan cuaca panas yang melanda negara susulan Monsun Barat Daya akan mencatatakan suhu maksimum harian setakat 37 darjah celcius sahaja.
![Empat lagi Empangan Sabo akan dibina tahun ini Empat lagi Empangan Sabo akan dibina tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722323035_AkmalNasrullah.jpg)
Empat lagi Empangan Sabo akan dibina tahun ini
Akmal Nasrullah berkata empangan itu akan dibina di Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang dan Sabah.
![AGC tolak representasi warga Israel kaji tuduhan miliki senjata, peluru AGC tolak representasi warga Israel kaji tuduhan miliki senjata, peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719548647_AvitanShalom.jpg)
AGC tolak representasi warga Israel kaji tuduhan miliki senjata, peluru
Jabatan Peguam Negara menolak representasi yang dikemukakan warga Israel, Avitan Shalom bagi mengkaji semula dua pertuduhan memiliki peluru dan senjata api.
![Dua lelaki ditemukan maut terperangkap dalam lubang pembetung Dua lelaki ditemukan maut terperangkap dalam lubang pembetung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722322160_lubangpembentung.jpg)
Dua lelaki ditemukan maut terperangkap dalam lubang pembetung
Dua lelaki ditemukan maut setelah terperangkap di dalam lubang pembetung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting, Jitra.
![Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap menjelang 2025 Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722321253_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap menjelang 2025
Garis panduan lebih baik bagi menguruskan sisa solar panel negara dijangka siap menjelang tahun hadapan.
"Tumpahan minyak bukan dari kargo" - Ketua Pengarah Laut JLM
"Tumpahan minyak adalah daripada tangki minyak kapal bukan dari kargo," kata Ketua Pengarah Laut Jabatan Laut Malaysia (JLM), Kapten Mohamad Halim Ahmed.
Jelasnya jika tumpahan minyak dari kargo operasi besar-besaran perlu dilakukan untuk insiden pelanggaran Kapal Ceres 1 dan Hafnia Nile. #AWANInews
Jelasnya jika tumpahan minyak dari kargo operasi besar-besaran perlu dilakukan untuk insiden pelanggaran Kapal Ceres 1 dan Hafnia Nile. #AWANInews
![Rumah, kedai di Padang Jawa musnah dijilat api Rumah, kedai di Padang Jawa musnah dijilat api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722321557_kebakaran.jpg)
Rumah, kedai di Padang Jawa musnah dijilat api
Tiada mangsa dan individu tercedera dalam kejadian kebakaran ini.
![Ketua Audit Negara dedah kelemahan MAIPs, JKM Perlis Ketua Audit Negara dedah kelemahan MAIPs, JKM Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61526189347_Perlis.jpg)
Ketua Audit Negara dedah kelemahan MAIPs, JKM Perlis
Kelemahan pengurusan kewangan dan ketidakcekapan tadbir urus jabatan dan agensi di Perlis didedahkan pada Isnin.