JKKP bimbang kes kehilangan pendengaran akibat pekerjaan meningkat

Mohd Zalani Md Atan
Ogos 10, 2022 16:18 MYT
Timbalan Ketua Pengarah JKKP Mohd Anuar Embi (tengah) melancarkan Seminar Guideline on Management of Occupational Noise-Related Hearing Disorders di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Sebanyak 4,928 kes penyakit berkaitan pekerjaan dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan kesihatan (JKKP) sejak Januari hingga Mei tahun ini.
Dari jumlah itu sebanyak 2,042 kes disahkan adalah berkaitan penyakit kehilangan pendengaran akibat kebisingan pekerjaan.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan) JKKP, Mohd Anuar Embi, kementeriannya memandang serius trend peningkatan kes penyakit kehilangan pendengaran akibat bunyi bising di tempat kerja.
"Data-data yang kita lihat ini antara penyakit pekerjaan yang utama berlaku di Malaysia jadi usaha pada pada hari ini ialah untuk menyebarluaskan lagi kefahaman mengenai pengurusan guideline ini.
"Garis panduan ini supaya terutamanyapegawai keselamatan OHA adalah competent person di bawah akta kita memahami dan membawa guideline ini untuk diguna pakai di tempat tempat kerja," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis Pelancaran 'Guideline on Management of Occupational Noise-Related Hearing Disorder' di Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan pada Rabu.
ia adalah satu garis panduan holistik bagi menangani dan membantu pihak industri dan pengamal perubatan dalam pengurusan kes-kes penyakit kehilangan pendengaran akibat kebisingan pekerjaan.
Pada 2019, JKKP menerima 9,860 laporan kes penyakit pekerjaan dan dari jumlah itu sebanyak 5,699 kes telah disahkan.
#pekak #JKKP #bunyi bising #Pegawai Keselamatan
;