Jiran tekup muka dengan kain sebelum rogol mangsa tengah tidur

Astro Awani
Januari 23, 2018 17:56 MYT
Suspek berusia 54 tahun berkopiah dan jubah hitam direman tiga hari bagi membantu siasatan. - Foto Astro AWANI
Seorang lelaki berusia 54 tahun bertindak menutup muka wanita yang sedang tidur dengan kain sebelum bertindak merogol mangsa dalam kejadian di Kampung Sungai Yu, Bukit Meriam, Kota Kuala Muda.
Kejadian dikatakan berlaku lebih kurang 9.30 pagi semalam di dalam sebuah bilik rumah mangsa yang ketika itu sedang tidur.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda,Asisten Komisiner, Saifi Abdul Hamid, mangsa terjaga dari tidur selepas menyedari mukanya diselimut dengan kain oleh seorang lelaki.
"Mangsa kemudian meronta dan cuba melawan namun gagal,dan bertindak merogol mangsa,
"Suspek yang juga jiran mangsa kemudiannya lari keluar melalui pintu hadapan rumah dan masuk ke dalam hutan berhampiran," katanya.
Tambah Saifi, mangsa yang berusia 28 tahun kemudian bergegas ke rumah kakaknya dan mencerita kejadian yang berlaku dan membuat laporan di Balai Polis Kota Kuala Muda.
Susulan laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda telah membuat serbuan di kawaasan hutan berdekatan rumah mangsa dan telah menahan seorang lelaki melayu.
Suspek kemudian dibawa ke IPD Kuala Muda dan direman selama tiga hari bermula sehingga 25 Januari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
#28 tahun #jiran #mangsa #rogol #Sungai Petani #tidur
;