Jiran dituduh bunuh kerani wanita sekolah agama

Astro Awani
Disember 3, 2015 16:14 MYT
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim (tengah) di rumah mangsa di 16 November lalu. - Gambar Fail
Seorang penolong pegawai perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar hari ini atas tuduhan membunuh seorang kerani sekolah agama yang juga jirannya di Sungai Terap, Muar November lalu.
Tertuduh, Zurailie Muhamad, 30, hanya menunduk faham selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan Majistret menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Keputusan dibuat selepas hakim membenarkan Timbalan Pendakwa Raya menunggu laporan kimia dan bedah siasat yang memakan masa sebulan.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharmini Arjunan.
BACA: Polis berkas jiran dipercayai terbabit kes bunuh kerani sekolah agama
BACA: Bunuh kerani sekolah: Hampir 10 pengguna Facebook dipanggil beri keterangan
BACA: Kerani wanita dibunuh, netizen gesa cari jalan penyelesaian
Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah mangsa di nombor 85, Taman Setia Kasih, Jalan Sungai Terap Muar, 16 November lalu.
Tertuduh yang juga merupakan jiran mangsa dikatakan telah melakukan kesalahan itu sekitar jam 2.05 petang hingga 2:30 petang.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
#bunuh #Kanun Keseksaan #Kerani Muar #Nurul Shahira Mohamed Yatim #Sungai Terap #Zurailie Muhamad
;