JIPS sahkan terima laporan kematian tahanan dalam lokap di Terengganu

Bernama
Januari 28, 2022 23:10 MYT
Pengarah JIPS Datuk Azri Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berkenaan pada 3 petang tadi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mengesahkan menerima satu laporan berhubung kematian mengejut, melibatkan seorang lelaki yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) di lokap Balai Polis Marang, Terengganu, hari ini.
Pengarah JIPS Datuk Azri Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berkenaan pada 3 petang tadi.
Beliau berkata siasatan berkenaan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS.
"OKT yang berumur 38 tahun itu, ditahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Azri berkata OKT direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 30 Jan di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu.
-- BERNAMA
#JIPS #kematian tahanan dalam lokap #terengganu #okt
;