Jiman Casablancas meninggal dunia

Gempak
Januari 28, 2024 23:38 MYT
Jiman pernah berkolaborasi dengan pelbagai jenama fesyen tempatan antaranya Zakwan Anuar, Pearly Wong, Fern Chua, Nusantara Denims dan banyak lagi. - Gempak
BEKAS peguam, penasihat perhubungan awam dan ikon fesyen, Jiman Casablancas dilaporkan telah meninggal dunia pada Ahad malam.
Menerusi perkongsian teman rapat Jiman atau nama sebenarnya Muhammad Nizam Khamis, punca kematiannya akibat kegagalan jantung.
Tinjauan Gempak di media sosialnya turut dikirimkan ucapan takziah oleh pengikut dan teman rapat yang mengenali Allahyarham.
Khabar itu turut disahkan rskan Allahyarham yang juga perunding fesyen, Zaihani Mohd Zain.
Jiman antara individu yang kerap menghiasi pentas fesyen tempatan dan terkenal dengan gaya estetik punk dan avant-garde.
Untuk rekod, bekas penuntut jurusan Undang-Undang Universiti Malaya itu merupakan Pengarah Komunikasi Tarik Jeans, Ketua Pengarang kandungan berita digital Common Affairs serta pengasas JCPR.
Sebagai penasihat perhubungan awam, Jiman pernah berkolaborasi dengan pelbagai jenama fesyen tempatan antaranya Zakwan Anuar, Pearly Wong, Fern Chua, Nusantara Denims dan banyak lagi.
Malah, Jiman pernah tersenarai antara 100 Individu Paling Berpengaruh di Malaysia oleh GetCraft.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.com
#Jiman Casablancas #fesyen #ikon #perhubungan awam #muhammad nizam khamis
;