Jika saya dianggap berjaya, ia hasil didikan guru - Tun Mahathir

Asyraf Roslan
Mei 16, 2019 17:45 MYT
Pengorbanan para pendidik dalam menyalurkan ilmu seharusnya dihargai kerana mereka sentiasa berusaha memastikan anak bangsa menjadi yang terbaik.
Tanggal 16 Mei merupakan satu hari yang sangat bermakna buat semua pendidik.
Tidak kiralah sama ada mereka mengajar di pra sekolah, sekolah rendah, menengah, hinggalah ke peringkat institut pengajian tinggi.
Pengorbanan para pendidik dalam menyalurkan ilmu seharusnya dihargai kerana mereka sentiasa berusaha memastikan anak bangsa menjadi yang terbaik.
Sempena dengan Hari Guru 2019 hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan Hari Guru melalui akaun media sosial miliknya.
Katanya, jika beliau dianggap berjaya, ia merupakan hasil didikan guru di samping ibu bapanya.
Sementara itu, ini pula merupakan ucapan daripada jemaah menteri buat para pendidik di Malaysia.

Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu yg telah mendidik kita selama ini.

Moga Allah SWT merahmati para guru. Terima kasih, Cikgu! pic.twitter.com/UuOatHkpJX

— Zuraida Kamaruddin (@zuraida_my) May 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selamat Hari Guru buat semua guru yang bersusah payah memberikan ilmu berguna buat anak-anak murid mahupun pelajar agar menjadi insan yang berguna kelak. Jasa dan pengorbanan guru meletakkan mereka di kedudukan tinggi dalam masyarakat, dihormati dan disegani. Terima kasih Cikgu. pic.twitter.com/DHs6T4qd9X

— Mohamad Sabu (@MSabu_Official) May 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selamat Hari Guru! Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi. Terima kasih Cikgu!#HariGuru2019

— Maszlee Malik (@maszlee) May 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan juga turut membuat ucapan Hari Guru untuk semua guru di Malaysia.
#didikan guru #Dr Wan Azizah Wan Ismail #Hari Guru #Mahathir Mohamad #Maszlee Malik #Mohamad Hasan #Mohamad Sabu #My Teacher My Hero #Perdana Menteri #selamat hari guru #ucapan
;