Jerebu: Tiada lagi kawasan dengan bacaan IPU sangat tidak sihat

Astro Awani
Mac 15, 2014 08:52 MYT
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 6 pagi hari ini menunjukkan penurunan kawasan jerebu pada kategori 'tidak sihat' dan 'sangat tidak sihat'.
Hanya sembilan kawasan dilaporkan tidak sihat berbanding 14 kawasan pada tengah malam tadi dan sebahagian besar lokasi tidak sihat berada di Selangor dan Lembah Klang.
Tiada kawasan sangat tidak sihat direkodkan hari ini.
Sebelum itu, pada Jumaat, jam 10 malam, Pelabuhan Kelang telah mencecah kategori 'sangat tidak sihat' degan bacaan 229.
Bacaan IPU Pelabuhan Kelang masih yang paling tinggi dengan bacaan 192.
Banting dan Shah Alam pula masing-masing menunjukkan 147 dan 131 pada bacaan IPU.
Petaling Jaya juga semakin menurun bacaan IPUnya, iaitu 131.
Batu Muda dan Cheras pula merekodkan 111 dan 102 IPU.
Sementara itu, bacaan 145 dicatatkan di Tanjung Malim.
Nilai dan Port Dickson juga menunjukkan bacaan IPU semakin menurun berbanding 6 jam sebelum ini.
#Indeks Pencemaran Udara #IPU #jerebu #Pelabuhan Kelang
;