Tahap kualiti udara di kawasan Sri Aman, Sarawak terus kekal dalam kategori berbahaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 415 setakat 12 tengah hari ini.
Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di kawasan tersebut hanya menunjukkan sedikit penurunan berbanding 420 yang dicatat pada 10 pagi tadi, iaitu bacaan tertinggi setakat ini.
Bagaimanapun, tiga lagi kawasan di negeri itu iaitu Sarikei, Samarahan dan Kuching masing-masing mencatatkan penurunan dalam bacaan IPU iaitu 221, 216 dan 243 berbanding 235, 218 dan 250 pada 7 pagi tadi walaupun kekal pada tahap sangat tidak sihat.
Dalam pada itu, kualiti udara di Sibu, Sarawak direkodkan bertambah baik dengan bacaan IPU berkurangan daripada 202 (sangat tidak sihat) pada 8 pagi tadi kepada 186, walaupun masih dalam kategori tidak sihat.
Turut merekodkan bacaan tidak sihat dengan IPU melebihi 100 iaitu Tasek Ipoh (138) dan Pegoh Ipoh di Perak (107), dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Batu Muda (158) dan Cheras (146) serta Putrajaya (132).
Turut mencatat bacaan tidak sihat ialah lima kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya (142), Shah Alam (130), Klang (118), Banting (109) dan Johan Setia Klang (150); dan dua kawasan di Negeri Sembilan iaitu Nilai (130) dan Seremban (110).
Selain itu, satu stesen di Johor dan Terengganu iaitu Segamat (101) dan Besut (112) serta empat kawasan di Sarawak iaitu Miri (103), Bintulu (108), Mukah (114) dan Sibu (186) turut merekodkan bacaan tidak sihat.
Sementara itu, 46 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatatkan IPU sederhana.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
Bacaan IPU di kawasan tersebut hanya menunjukkan sedikit penurunan berbanding 420 yang dicatat pada 10 pagi tadi, iaitu bacaan tertinggi setakat ini. - Foto astro
Bank Dunia salur bantuan kecemasan kepada pelarian Lubnan
Bank Dunia akan menyalurkan semula dana yang pada asalnya diperuntukkan untuk program pembangunan di Lubnan kepada bantuan kecemasan bagi pelarian yang terkesan akibat pengeboman Israel.
Israel rancang lagi serang hendap di selatan Lubnan
Tentera Israel memberi bayangan akan melancarkan serang hendap di darat selepas mengeluarkan arahan pemindahan baharu di selatan Lubnan dan mengarahkan penduduk di 20 bandar selatan negara itu untuk berpindah serta-merta.
Banjir Perak: 121 mangsa masih berlindung di tiga PPS
Seramai 121 orang mangsa banjir daripada 36 buah keluarga masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak susulan hujan lebat berterusan pada petang Jumaat.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
[TERKINI] Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, selari dengan usaha itu, dua pusat baharu yang akan ditubuhkan ialah Pusat Kanser Wilayah Utara di Kedah dan Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan sejak permulaan perang di Gaza yang tercetus susulan serangan kumpulan Hamas pada tahun lepas.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
AWANI Ringkas: Banjir di Bosnia, tiada rakyat Malaysia terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini
Dua kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat IPU tidak sihat
Dua kawasan berkenaan ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 153 dan Larkin, Johor (126).
Tiga kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi, Bukit Rambai di Melaka, mencatatkan bacaan IPU paling tinggi dengan paras 155.
11 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi Isnin, Banting di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 157.
17 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
17 kawasan di Lembah Klang, Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang serta Terengganu mencatatkan bacaan pada paras tidak sihat.
15 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
Bukit Rambai di Melaka dan Batu Pahat di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 160.
Tiga kawasan di Johor catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi Sabtu, Larkin mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 153.