Jerebu: Seberang Jaya catat IPU tidak sihat 151 pagi ini

Dewi Nur Harasha Alias
April 17, 2023 11:15 MYT
Pemandangan di kawasan Barat Daya George Town kabur berikutan keadaan jerebu akibat cuaca panas yang melanda di negara ini. - Foto BERNAMA
SEBERANG JAYA: Seberang Jaya terus mencatatkan bacaan Indeks pencemaran Udara ( IPU) tidak sihat iaitu 151 pada jam 10 pagi tadi.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar IPU di kawasan itu mencatatkan peningkatan bacaan tidak sihat dari 138 pada jam 6 pagi kepada 151 pada jam 10 pagi tadi.
Bacaan setakat 10 pagi hari ini mendapati, bacaan IPU di stesen Seberang Jaya adalah 151, Seberang Perai (91), Minden (95) dan Balik Pulau (82).
Bacaan IPU antara 0-59 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
Orang ramai boleh melayari laman web APIMS untuk mengetahui maklumat IPU semasa yang dikemas kini setiap jam.
#jerebu #pencemaran udara #APIMS #IPU
;