KUALA LUMPUR: Pencemaran jerebu yang kembali melanda Malaysia menjadi punca kebimbangan terhadap kesihatan awam dan rakyat negara ini perlu memahami risiko berkaitan bagi membolehkan mereka mengambil langkah pencegahan yang berkesan, kata pakar kesihatan.
Pakar Perunding Pernafasan dan Perubatan Dalaman di Pusat Perubatan Sunway Dr Kow Ken Siong berkata pendedahan yang berterusan terhadap udara tercemar boleh membawa kepada penyakit pernafasan seperti asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), radang paru-paru dan kanser paru-paru.
Beliau berkata pencemaran udara termasuk jerebu dikaitkan dengan kematian pramatang, jangkitan dan pelbagai penyakit dengan penyakit pernafasan kronik menduduki tempat ketiga sebagai penyebab kematian di seluruh dunia pada 2019.
"Di Malaysia, keadaan ini menjadi antara faktor penyumbang yang menyebabkan kemasukan ke hospital serta membawa kematian dan ia merangkumi hampir 20 peratus daripada hospital awam serta lebih 12 peratus daripada hospital swasta pada 2020," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Dr Kow berkata memandangkan jerebu adalah isu yang berterusan di negara ini, adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk memahami bagaimana ia menjejaskan kesihatan pernafasan dan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi menjaga kesejahteraan mereka.
Beliau berkata zarah halus dalam jerebu yang berdiameter kurang daripada 2.5 micron boleh mendatangkan kesan berpanjangan terutama apabila dihidu dan jika terdedah kepada jerebu, biarpun untuk jangka pendek, boleh mengakibatkan gejala bronkitis akut seperti batuk, kahak, sesak dada, sesak nafas dan kelesuan.
"Golongan rentan seperti kanak-kanak, warga tua dan mereka yang mempunyai penyakit seperti asma dan kardiovascular berdepan risiko yang lebih tinggi. Sekiranya terdedah kepada jerebu secara berterusan selama beberapa tahun, ia boleh memburukkan lagi keadaan kronik paru-paru yang sedia ada, meningkatkan risiko kanser paru-paru dan membawa kepada serangan bronkitis dengan kerap.
"Individu yang tidak mempunyai masalah kesihatan juga mungkin mengalami simpton saluran pernafasan atas dan berisiko mendapat jangkitan virus," katanya.
Justeru, beliau berkata ketika berdepan kualiti udara yang teruk, rakyat Malaysia hendaklah mengambil langkah pencegahan seperti duduk di rumah sekerap mungkin, menggunakan penulen udara berkualiti tinggi dengan penuras High Efficiency Particulate Air (HEPA) selain kekal hidrat sepanjang hari untuk mengurangkan risiko yang dikaitkan dengan jerebu.
Dr Kow turut mengesyorkan penggunaan pelitup muka N95 apabila berada di luar rumah untuk jangka panjang agar boleh membantu menapis zarah halus yang mingkin berbahaya selain menggalakkan rakyat Malaysia memantau kualiti udara melalui sumber rasmi, mengehadkan aktiviti luar dan mendapatkan nasihat perubatan profesional jika mengalami simptom paru-paru atau jantung.
"Dapatkan maklumat terkini dan rawatan perubatan yang tepat pada masanya adalah penting untuk menjaga kesihatan paru-paru semasa jerebu melanda.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
Rakyat negara ini perlu memahami risiko berkaitan bagi membolehkan mereka mengambil langkah pencegahan yang berkesan. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.