JEREBU: Pelabuhan Klang hampiri tahap berbahaya

T K Letchumy Tamboo
Mac 13, 2014 16:15 MYT
Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat apabila ia mencecah bacaan 218 setakat pukul 2 petang ini.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 13 kawasan lain mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Bandaraya Melaka (101), Bukit Rambai (115), Nilai (165), Port Dickson (118), Seremban (131) dan Tanjung Malim (114), Banting (172), Kuala Selangor (170), Petaling Jaya, Shah Alam, Batu Muda (141), Cheras (170) dan Putrajaya (151).
Bacaan IPU baik berada antara 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya pada bacaan melebihi 300.
#bacaan tidak sihat #jerebu
;