Jerebu: Pelabuhan Klang cecah tahap "berbahaya"

Syafique Shuib
Mac 14, 2014 17:23 MYT
Gambar fail
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Pelabuhan Klang berada di tahap 'berbahaya' yang mencecah 317 pada jam 4 petang.
Ini disusuli dengan Banting yang berada dalam keadaan 'Sangat tidak sihat' dengan bacaan 232.
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), beberapa kawasan berada di tahap 'tidak sihat' seperti Batu Muda, Kuala Lumpur (158), Cheras, Kuala Lumpur 131), Shah Alam (161), Petaling Jaya (173), Kuala Selangor (119), Tanjung Malim (106), Seremban (137), Port Dickson (150), Nilai (149), Bukit Rambai (123), dan Bandaraya Melaka (115).
Beberapa negeri lain pula mencatatkan bacaan baik dan sederhana.
Bacaan IPU pada tahap 5-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya).
#heatwave #Indeks Pencemaran Udara #IPU #Jabatan Alam Sekitar #jerebu
;