Jerebu landa Sarawak, Mukah paling teruk terkesan

Astro Awani
Ogos 15, 2018 09:14 MYT
Kuching merekodkan suhu sekitar 24 darjah celcius dan dijangka mencapai 35 darjah celcius petang ini. - Foto Astro AWANI
Beberapa kawasan di Sarawak mula dicemari jerebu, yang dipercayai diterbangkan angin dari negara jiran, Indonesia.
Ini bukan satu kejutan, sejak semalam lebih 300 titik panas dikesan di Kalimantan Barat, manakala Kota Pontianak diancam bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang mencecah bacaan lebih 100.
Sehingga jam 7 pagi tadi, antara kawasan yang paling teruk bacaan IPU di Sarawak ialah Mukah (72), Bintulu (69), Sibu (62), Kuching (55) dan Serian (51).
Kuching merekodkan suhu sekitar 24 darjah celcius dan dijangka mencapai 35 darjah celcius petang ini.
Tinjauan di sekitar bandar raya Kuching mendapati jarak pemandangan agak terganggu, berikutan jerebu ini.
Orang ramai terutamanya kanak-kanak dan mereka yang berhadapan masalah respitori digalakkan untuk tidak keluar rumah atau menyertai aktiviti di luar pada waktu ini.
#cuaca #Indonesia #jerebu #Kalimantan Barat #Kuching #pembakaran terbuka #Sarawak
;