Jerebu: Kuching antara 3 kawasan di Sarawak dikesan 'sangat tidak sihat'
Afiezy Azaman
September 8, 2019 05:54 MYT
September 8, 2019 05:54 MYT
Tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat iaitu melebihi 101 setakat pukul 6 pagi ini.
Berdasarkan laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia, tujuh kawasan itu merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.
Kawasan Kuala Lumpur meliputi Batu Muda (107) dan Cheras (104), manakala Selangor pula di Petaling Jaya (108), Shah Alam (101) dan Johan Setia (158).
Manakala di Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU pada 103 dan 107.
Sementara itu, tiga kawasan di Sarawak mencecah bacaan IPU sangat tidak sihat yang melebihi 201 antaranya ialah Sarikei (210) , Sri Aman (234) dan Kuching (239).
Bacaan IPU tidak sihat pula dikesan di Miri (156), Bintulu (102), Mukah (128), Sibu (176) dan Samarahan (196).
#Batu Muda
#Cheras
#Indeks Pencemaran Udara
#Johan Setia
#Kuala Lumpur
#Kuching
#Negeri Sembilan
#Petaling Jaya
#Putrajaya
#Sarawak
#Selangor
#Semenanjung Malaysia
#shah alam