Jerebu: Kualiti udara bertambah baik, hanya Nilai catat dengan IPU lebih 100

Astro Awani
Jun 27, 2013 11:25 MYT
Kualiti udara di seluruh negara semakin pulih apabila hanya Nilai di Negeri Sembilan masih mencatatkan paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 3 petang ini.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Nilai merekodkan bacaan 127 berbanding 135 pada pukul 12 tengah hari.
Sementara 29 kawasan lain mencatatkan paras IPU sederhana berbanding 30 kawasan pada pukul 12 tengah hari tadi.
Kawasan itu antaranya ialah Bukit Rambai (100), Bandaraya Melaka (81) di Melaka, Kota Tinggi(75), Larkin Lama (70), Muar (71), Pasir Gudang (81) di Johor, Port Dickson (76), Seremban (77) di Negeri Sembilan, Tanjung Malim (61) di Perak, Kuala Selangor (52), Pelabuhan Klang (66), Petaling Jaya (79), Shah Alam (70), Banting (97) di Selangor dan Putrajaya (79).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.
#indeks udara #IPU #jerebu #penurunan #Pulih