Jerebu: Kerajaan setuju laksana pemindahan pelajar di Riau, Jambi
Bernama
September 24, 2019 19:07 MYT
September 24, 2019 19:07 MYT
Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari kawasan-kawasan yang terjejas teruk ekoran bencana jerebu di Riau dan Jambi, Indonesia.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata proses pemindahan itu akan melibatkan pelajar yang menuntut di daerah yang telah diisytiharkan Darurat Pencemaran Udara oleh kerajaan Indonesia bermula semalam sehingga 31 Oktober.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 300 orang pelajar Malaysia di Provinsi Riau dan Jambi.
Wisma Putra berkata proses pemindahan itu akan dilaksanakan secara bersama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pendidikan.
Untuk itu, katanya bilik operasi bagi memastikan kelancaran proses evakuasi tersebut telah diaktifkan iaitu di Wisma Putra di sini, yang boleh dihubungi menerusi talian 03-8887 4570 / 03-8887 4770 atau e-mel ke opsroom@kln.gov.my.
Bilik operasi Keduataan Besar Malaysia di Jakarta pula boleh dihubungi di talian +6221-5224947 dan +62813-80813036 (whatsapp) atau e-mel ke mwjakarta@kln.gov.my atau jkonsular@gmail.com.
-- BERNAMA
#Agensi Pengurusan Bencana Negara
#Jambi
#jerebu
#jerebu Indonesia
#Kementerian Pendidikan
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#NADMA
#pelajar malaysia
#proses pemindahan pelajar
#Riau