Jerebu: Keadaan semakin positif berdasarkan bacaan IPU 11 pagi

Astro Awani
Jun 24, 2013 05:07 MYT
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara sehingga 11 pagi ini menunjukkan sedikit penurunan di bandar Port Dickson iaitu dari 335 kepada 292.
Bandar Muar pula semakin pulih dengan IPU turun kepada 132, namun masih dalam kategori tidak sihat.
Di Melaka, Bandaraya Melaka mencatat IPU sebanyak 141 manakala Bukit Rambai pula mencata IPU 170.
Di Selangor, Pelabuhan Klang mecatat IPU tertinggi bagi negeri itu dengan 288, diikuti Petaling Jaya dengan 193, Banting dengan 180 dan Shah Alam dengan 162.
Di Wilayah Persekutuan pula, Batu Muda mencata IPU sebanyak 198, Cheras mencatat 160 manakala Putrajaya mencatat IPU 152.
Bagi lain-lain kawasan, IPU adalah seperti berikut: Kemaman (253), Kuantan (191), Seremban (169), Indera Mahkota (166), Paka (158), Nilai (149), Seri Manjung (148), Tanjung Malim (137) dan Sibu (102).
Kawasan-kawasan lainnya mempunyai IPU di bawah 100.
#indeks udara #IPU #jerebu #penurunan