Jerebu: IPU Sri Aman di paras bahaya

Rudi Affendi Khalik
September 16, 2019 07:56 MYT
Situasi jerebu di Bandar Sri Aman sekitar jam 6.30 pagi ini. Foto Ihsan Sekretariat Pengurusan Bencana Sarawak
Sri Aman merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 352, iaitu pada tahap bahaya, pada sekitar jam 6 pagi ini.
Ia sekali gus meletakkan bahagian itu dalam keadaan membimbangkan akibat jerebu rentas sempadan.
Sementara itu, bahagian Kuching yang sejak semalam berada dalam situasi sangat tidak sihat merekodkan bacaan 215.
Lapan kawasan lain pula mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Samarahan (162), Sarikei (148), Sibu (163), Bintulu (128) dan Mukah (138).
Stesen Samalaju merekodkan bacaan 114; ILP Miri 107 dan Miri 125.
Menurut Jabatan Pendidikan Negeri, sebanyak 298 sekolah ditutup pada hari ini - 85 di Kuching, 44 di Bau; 46 di Padawan; 22 di Lundu, 41 di Sri Aman, lima di Lubok Antu, 51 di Betong dan tiga di Samarahan - susulan bacaan IPU melebihi paras 200.
Ia melibatkan keseluruhan 128,291 orang pelajar.
Berdasarkan kenyataan Jabatan Alam Sekitar pula, tiada titik panas direkodkan di Sarawak, sebaliknya 455 dikesan di Kalimantan.
#bahaya #Bintulu #Indeks Pencemaran Udara #IPU #jerebu #jerebu rentas sempadan #Kalimantan #Kuching #Miri #Padawan #pelajar #Sarawak #sekolah #Sibu #Sri Aman #titik panas
;