PUTRAJAYA: Data yang diperolehi dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan wujud aktiviti pembakaran di luar negara yang turut menyumbang kepada masalah jerebu di negara ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, meskipun negara jiran terbabit menafikannya, namun Malaysia akan terus menggunakan platform ASEAN agar masalah itu dapat ditangani bersama.
"Kita tentu berdasarkan data-data kita perolehi menerusi JAS dan MetMalaysia di bawah NRECC, saya tidak mahu memanjangkan perkara itu, tapi kita merujuk kepada data tersebut.
"Pada masa sama seperti mana kita tekankan, memang pernah berlaku pembakaran, di negara kita pun ada, tahun ini pun ada.
"Sebelum ini kita kata ini adalah kes dalam negara, tapi kali ini data yang kita terima bahawa ada pembakaran di luar (Malaysia)," katanya ketika diminta mengulas mengenai penafian Kerajaan Indonesia mengenai jerebu di Malaysia disebabkan kebakaran hutan di negara itu.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Pengiktirafan Wetland Studios Sebagai Pusat Sumber Pemuliharaan Alam Sekitar di sini hari ini.
Mengulas lanjut ujar Nik Nazmi, beliau telah mengutuskan surat kepada syarikat-syarikat perladangan Malaysia di Indonesia agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan.
"Pada masa sama, Sistem Risiko Bahaya Kebakaran (FRDS) kita juga berkongsi data dengan ASEAN dan pada masa sama saya telah menghantar surat perladangan (kepada syarikat Malaysia) yang ada kepentingan termasuk di Indonesia untuk memastikan mereka bekerjasama dengan pihak berkuasa di sana.
"Laporan kita dapat beberapa tahun kebelakangan ini, trend kerjasama syarikat-syarikat Malaysia beroperasi di sana lebih positif berbanding dahulu kerjasama dengan pihak pemerintah di sana," katanya lagi.
Sementara itu, mengulas mengenai penafian Kerajaan Indonesia itu, tegas Nik Nazmi lagi, Malaysia mengambil pendekatan konstruktif bagi menyelesaikan masalah itu.
Justeru, kerajaan ujarnya akan menggunakan semua platform sedia ada bagi berkomunikasi dengan Kerajaan Indonesia.
"Kita teruskan komunikasi kita menerusi platform ASEAN dan saluran sedia ada kerana kita nak mengambil pendekatan konstruktif menyelesaikan masalah ini untuk kebaikan bersama," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Kerajaan Indonesia melalui Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK) menafikan dakwaan berhubung jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia yang melintasi Malaysia.
Perkara itu dinyatakan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Siti Nurbaya Bakar menerusi satu kenyataan rasmi di Jakarta pada Isnin bahawa aduan Malaysia mengenai jerebu Indonesia adalah tidak tepat.
Sementara itu sehingga jam 5.00 petang Selasa, tiga stesen di negara ini mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Cheras 154, Nilai 155 dan Seremban 115.
Manakala 62 stesen pula mencatatkan bacaan IPU sederhana.
Fareez Azman
Tue Oct 03 2023
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pengiktirafan Wetland Studios Sebagai Pusat Sumber Pemuliharaan Alam Sekitar hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.