Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini

Bernama
Oktober 12, 2023 10:23 MYT
Pemandangan ruang udara sekitar Larkin, Johor Bahru yang diliputi jerebu ketika tinjauan pada 8 Okt 2023. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, dua kawasan terbabit iaitu Batu Pahat dan Larkin masing-masing mencatatkan bacaan IPU 153 dan 112.
Sementara itu, 46 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana dan 20 lagi baik.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
-- BERNAMA
#jerebu #Batu Pahat #Larkin #IPU tidak sihat #Indeks Pencemaran Udara