Jerebu: Bacaan IPU di Labuan meningkat setakat 11 malam, masih tahap sederhana

Bernama
September 7, 2019 23:44 MYT
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Labuan mencatatkan bacaan IPU 78 berbanding IPU 73 pada 4 petang Sabtu. - Gambar fail
Kualiti udara di pulau bebas cukai, Labuan, terus mencatatkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat jam 11 malam ini berbanding petang tadi, namun masih pada tahap sederhana.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Labuan mencatatkan bacaan IPU 78 berbanding IPU 73 pada 4 petang Sabtu.
Kualiti udara di Politeknik Kota Kinabalu mencatatkan bacaan IPU 75, Kota Kinabalu (68), Kimanis (67), Keningau (65), Sandakan (56) dan Tawau (53).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Orang ramai boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini di Sabah pada setiap jam.
-- BERNAMA
#bacaan ipu #IPU #Jabatan Alam Sekitar #jerebu #Labuan #pencemaran udara
;