Jerebu: 275 buah sekolah di Sarawak ditutup, UPSR berjalan seperti biasa

Rudi Affendi Khalik
September 10, 2019 12:03 MYT
Pengawal keselamatan menutup pagar sekolah bagi meneruskan peperiksaan UPSR. - Foto Astro AWANI
Sejumlah 275 sekolah di Sarawak ditutup hari ini akibat bacaan jerebu melebihi 200.
Menurut Jabatan Pendidikan Sarawak, penutupan itu melibatkan 26 sekolah menengah dan 53 sekolah rendah di daerah Kuching serta dua sekolah menengah di Samarahan.
Selain itu, sebanyak 96 sekolah ditutup di daerah Padawan, termasuk 78 sekolah rendah.
Di Serian pula, jumlah sekolah terbabit adalah sebanyak 13 sekolah rendah manakala di Sri Aman melibatkan lima sekolah menengah dan 36 sekolah rendah.
Bagi daerah Betong, lima sekolah menengah dan 39 sekolah rendah ditutup akibat fenomena sama.
Setakat jam 11 pagi ini, Sri Aman merekodkan bacaan IPU 192, Kuching 144 dan Samarahan 121.
#Jabatan Pendidikan Sarawak #jerebu #Kuching #sekolah tutup #Sri Aman
;