Jepun telah menyatakan hasrat untuk menyertai proses pembidaan antarabangsa projek kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Singapura.
Hasrat Jepun itu disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh rakan sejawatannya, Shinzo Abe pada pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin itu di luar Sidang Kemuncak Asean ke-25 di sini hari ini.
Pada 2013, Singapura dan Malaysia telah bersetuju untuk membina landasan kereta api laju menjelang 2020 yang akan mengurangkan masa perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur kepada 90 minit.
Bercakap kepada wartawan Malaysia, Najib berkata Abe juga menjemput beliau mengadakan lawatan ke negara Matahari Terbit itu tahun depan.
Antara agenda dalam pertemuan itu ialah meningkatkan hubungan dua hala ke peringkat yang lebih strategik dalam pelbagai bidang.
Najib berkata turut dibincangkan ialah meningkatkan kerjasama dalam aspek penguatkuasaan maritim termasuk pembinaan kapasiti, aset dan pembinaan kemudahan latihan.
"Saya maklumkan bahawa Malaysia boleh menggunakan kepakaran Jepun bagi menangani isu ancaman keselamatan tahap rendah di kawasan Pantai Timur Sabah," katanya.
Perdana Menteri juga berkata Jepun berminat memberi bantuan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Selain itu, dalam pertemuan tersebut, Najib merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan Jepun dalam pemilihan Malaysia menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2015-2016.
Najib juga menyatakan Malaysia akan menyokong pencalonan Jepun sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi penggal 2016-2017.
Bernama
Fri Nov 14 2014

Hasrat Jepun itu disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh rakan sejawatannya, Shinzo Abe. -Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Kerajaan Brunei nafi penglibatan projek Trans Borneo Railway
Kerajaan Brunei Darussalam mengesahkan tidak pernah menawarkan ataupun melantik mana-mana syarikat tempatan mahupun luar negeri untuk mengendalikan projek kereta api laju Trans Borneo Railway

Jokowi rasmi kereta api laju Whoosh, perjalanan Jakarta-Bandung hanya 45 minit
Presiden Indonesia Joko Widodo merasmikan projek kereta api laju bernilai AS$7.3 bilion (kira-kira RM34.4 bilion) di Stesyen kereta api Halim, Jakarta Timur pada Isnin.

Orang ramai boleh uji kereta api laju Jakarta-Bandung pada Oktober - Jokowi
Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan orang ramai boleh mengambil bahagian dalam ujian perjalanan kereta api cepat Jakarta-Bandung (KCJB) yang bermula pada Oktober tahun ini.

Kerajaan Indonesia cadang lanjut projek kereta api laju ke Surabaya fasa dua
Kereta api berkelajuan tinggi yang paling dinantikan di Indonesia dijangka dilancarkan awal bulan depan selepas beberapa tahun ditangguhkan.

Lebih 700 wakil syarikat tempatan, asing sertai taklimat HSR KL-Singapura
Taklimat Pelaksanaan Permintaan Maklumat projek HSR Kuala Lumpur-Singapura pada Khamis memberi gambaran menyeluruh mengenai proses RFI.

Kereta api laju Indonesia beroperasi tahun depan - Jokowi
Kereta api laju, mercu baharu pengangkutan moden di Pulau Jawa dijangka mula beroperasi tahun depan, kata Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).

Pampasan HSR: Singapura belum hantar tuntutan kepada Malaysia
Kerajaan tidak mendedahkan jumlah pampasan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) kerana Singapura belum menyerahkan tuntutan kepada Malaysia.

Sejauh mana kemajuan projek HSR? Ini kronologi sejak 2016
Projek sepanjang 350 km itu akan mengurangkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada hanya 90 minit dengan kelajuan melebihi 300 km sejam.

Tangguh HSR: Malaysia tidak perlu bayar pampasan - Azmin
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata persetujuan secara bersama itu dicapai kedua-dua negara sebelum ini.

Stesen kereta api laju Haramain di Jeddah terbakar
Rangkaian kereta api Haramain mula beroperasi pada September tahun lalu.