#JendelaRamadan: Kota Bharu sesak sehari sebelum Ramadan

Muhafandi Muhamad
Jun 17, 2015 13:04 MYT
Pasar di Kelantan mula sesak dengan pengunjung bagi mencari barangan keperluan. - Astro AWANI
Umat Islam di negara ini akan menyambut kedatangan bulan suci Ramadan esok.
Seperti biasa, Ramadan disambut dengan persiapan untuk santapan bersahur dan berbuka puasa.
Di Kelantan, beberapa pasar dan pasaraya di Kota Bharu mula sesak dengan pengunjung bagi mencari barangan keperluan.
Bazar Ramadan juga akan mula dibuka esok bagi menjual pelbagai juadah untuk berbuka puasa.
#bazar #berbuka puasa #bersahur #Ramadan