KUALA NERUS: Jenazah tiga sekeluarga yang lemas ketika berkelah di kawasan Air Terjun Lata Changkah, Ulu Seladang, Setiu pada Jumaat disemadikan dalam satu liang lahad awal pagi tadi.

Jenazah Syariatul Nurfatihah Mohd Dera, 28, Syariatul Noor Syafika Mohd Dera, 26, serta sepupu mereka Siti Aisyah Mazalan, 19, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras kira-kira jam 4.30 pagi Sabtu.

Terdahulu kesemua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

Kemudiannya jenazah tiga bersaudara itu dibawa ke Surau Kampung Hilir Maras, Batu Rakit untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

Lemas | Jenazah dua beradik, sepupu disemadi dalam satu liang lahad


Sementara itu suasana pilu mengiringi sepanjang pengkebumian mangsa yang dihadiri lebih 200 ahli keluarga dan penduduk kampung termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman.

Jenazah tiga bersaudara Syariatul Nurfatihah Mohd Dera, 28, (kiri) dan adiknya Syariatul Noor Syafiqa, 26, (tengah) serta sepupu mereka Siti Aisyah Mazalan, 19, (kanan)  selamat dibumikan. - Foto BERNAMA

Pada Jumaat, Astro AWANI melaporkan tiga sekeluarga termasuk pasangan adik-beradik ditemukan lemas selepas berkelah bersama ahli keluarganya.

Kejadian berlaku di kawasan Air Terjun Lata Changkah Ulu Seladang, Setiu kira-kira jam 2.30 petang.

BACA: Tiga sekeluarga mati lemas ketika berkelah

Insiden itu dikatakan berlaku ketika salah seorang mangsa telah tergelincir lalu terjatuh sebelum menarik dua lagi mangsa yang lain.

Lemas | Tiga sekeluarga mati lemas ketika berkelah