Jenazah Prof Shaharuddin selamat dikebumikan

Wan Syamsul Amly
Ogos 3, 2018 10:05 MYT
Anak sulung arwah Dr Shaharuddin, Mohammad Syazwannuddin menyiram air di pusara bapanya setelah jenazah ADUN itu selamat dikebumikan di Taman Raudhatul Jannah Khariah Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis, Sungai Merab pagi ini. --fotoBERNAMA
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Baharuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis pada pukul 9.40 pagi.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamiurrahmah Kampung Limau Manis pada kira-kira pukul 9.10 pagi.
Shaharuddin, 56 tahun, yang juga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.28 petang Khamis di Hospital Putrajaya.
Kira-kita 500 jemaah hadir untuk solat jenazah dan kemudian majlis pengebumian Allahyarham.
Antara yang hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari serta beberapa anggota keluarga dan kenalan Allahyarham.

Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Baharuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis pada pukul 9.40 pagi. @501Awani pic.twitter.com/xC3iuYGpx1

— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) August 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

TPM, DS @drwanazizah dan Naib Presiden PKR @tianchua turut hadir untuk majlis pengebumian Prof Dr Shaharuddin Baharuddin. Solat jenazah pula dibuat dua kali untuk memberi peluang kepada jemaah yang tidak sempat. @501Awani pic.twitter.com/y0cVa3SQy2

— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) August 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui catatan di Twitternya turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan Allahyarham mendapat husnul khatimah dan rohnya ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT.
Mohamed Azmin turut menyifatkan arwah sebagai individu yang cukup disenangi pelbagai pihak khususnya masyarakat di Selangor.
BACA: ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin meninggal dunia
BACA: ADUN Seri Setia kurang sihat, sedang berehat di rumah - Azmin
BACA: ADUN Seri Setia kritikal
Beliau berkata Allahyarham juga komited dengan agenda reformasi selain sering melontarkan idea-idea baharu terutama dalam mesyuarat kerajaan negeri.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lalu, Shaharuddin memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi selepas menewaskan tiga pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), PAS dan Bebas.

Al-fatihah. Buat kali kedua selepas PRU14, KEADILAN berduka kerana kehilangan rakan seperjuangan kami. Salam takziah kepada keluarga YB Prof Dr Shaharuddin, Adun Seri Setia yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman pic.twitter.com/nyklxC9c1L

— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) August 2, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau kemudian dilantik menjadi anggota Exco kerajaan negeri dan mengangkat sumpah jawatan pada 14 Mei lalu.
Allahyarham meninggalkan isteri Adibah Ahmad, 57 tahun, dan enam anak, Mohd Syazwanuddin, 30 tahun, Atiqah Syairah, 29 tahun, Atiah Nadzrah, 28 tahun, Muhammad Saifuddin, 25 tahun, Muhammad Salahuddin, 23 tahun, dan Ainun Syafiqah, 18 tahun, serta seorang cucu lelaki berusia dua tahun.
#ADUN #kebumi #seri setia #Shaharuddin Baharuddin
;