Jenazah pelumba Moto3 negara yang maut kemalangan selamat dikebumikan

Astro Awani
Mei 25, 2014 14:49 MYT
Pelumba Moto3 negara, Husni Aizat, maut dalam nahas di Kota Tinggi - Foto MotoGP.com
Negara kehilangan bakat muda dalam sukan permotoran dengan pemergian pelumba motosikal Moto3, Husni Aizat Abdul Malik, 20 pada pagi Ahad akibat kemalangan maut di Jalan Tanjung Buai, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Tawar Satu, selepas solat Asar petang tadi.
#Husni Aizat Abdul Malik #Moto3 #Rahmat Othman