Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan

Madiha Abdullah
Ogos 15, 2024 19:12 MYT
Kira-kira 500 orang termasuk keluarga dan sahabat handai Allahyarham hadir pada majlis pengebumian itu. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
Kira-kira 500 orang termasuk keluarga dan sahabat handai Allahyarham hadir pada majlis pengebumian itu.
Terdahulu, solat jenazah diadakan di Masjid Puncak Alam selepas jenazah tiba dari Hospital Shah Alam (HSA) kira-kira jam 5.40 petang.
Muhammad Nidza dilaporkan hilang petang Selasa selepas keluar berjoging di Stadium Klang.
Kehilangannya disedari keluarga pada jam 9 malam dan laporan polis dibuat pada jam 4 pagi Rabu.
Malam kelmarin, polis mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di Sungai Klang, Klang adalah Muhammad Nidza.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Muhammad Nidza tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
Justeru, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR).
#bedah siasat #Nidza Afham Mokhtar #laporan polis #SDR
;