BALING: Jenazah kanak-kanak lelaki yang maut selepas termakan makanan ringan disyaki mengandungi racun tikus, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan dekat sini, kira-kira pukul 9.45 malam tadi.
Terdahulu, van yang membawa jenazah Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dari Hospital Pulau Pinang (HPP) tiba di pekarangan rumah datuk dan neneknya di Kampung Banggol Berangan kira-kira pukul 6 petang.
Solat jenazah kemudian diadakan di Surau Lebai Ahmad, Kampung Banggol Berangan yang dipimpin imam Masjid Al Halimi Kampung Selarong Abdul Manaf L Saad.
Kira-kira 300 orang termasuk ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, 25, ahli keluarga dan penduduk sekitar hadir pada pengebumian itu.
Sementara itu, datuk mangsa, Hasnorizal Ab Wahab, 46, menzahirkan rasa syukur kerana urusan pengebumian cucunya itu selesai dengan lancar.
"Syukur alhamdulillah ... semua dah selesai ... saya reda," katanya kepada media di pekarangan tanah perkuburan itu, bagaimanapun ibu kanak-kanak terbabit enggan ditemu bual pemberita.
Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Akil Syauqi dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, berada dalam keadaan kritikal selepas termakan makanan ringan disyaki mengandungi racun di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini Ahad lepas.
Dua kanak-kanak terbabit dipercayai mengambil peket makanan ringan yang digantung di dawai besi pagar kebun oleh seorang pemilik kebun, yang dikatakan untuk memerangkap monyet.
Kejadian itu disedari ibu mangsa pada 11 pagi hari kejadian selepas melihat kedua-dua anaknya muntah dan mulut mereka berbuih.
Kedua-dua mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Malau sebelum dihantar ke Hospital Kulim dan seterusnya HPP.
Muhammad Akil Syauqi bagaimanapun meninggal dunia pada 8.40 pagi tadi, manakala adiknya dirawat di HPP dan dilaporkan masih belum sedar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Kira-kira 300 orang termasuk ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, ahli keluarga dan penduduk sekitar hadir pada pengebumian itu. - Gambar Bernama
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.
Pelajar patah tulang hidung ditumbuk akibat salah faham
Gara-gara pertelingkahan ketika memasuki persimpangan jalan, seorang pelajar tingkatan lima cedera ditumbuk sehingga retak tulang hidung oleh seorang lelaki tidak dikenali.
SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad.
Tumpuan Sabtu – 15 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (14 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Klinik kesihatan jenis tiga di Serian siap Jun 2022 - Menteri Kesihatan
Pembinaan Klinik kesihatan (KK) jenis tiga di Serian, dijangka siap pada 9 Jun 2022.