Jenazah Maznah Hamid selamat dikebumi

Mariah Ahmad
Oktober 5, 2017 10:33 MYT
Suami Allahyarham Maznah, Datuk Shaheen Mirza Habib menyiram air mawar ke pusara isterinya. -Astro AWANI/Shahir Omar
Jenazah Allahyarham Datuk Maznah Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Raudhatul Sakinah di sini sebentar tadi.
Jenazah Allahyarham sebelum itu disembahyangkan di Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak selepas solat Asar.
Allahyarham Maznah atau digelar Iron Lady sememangnya disegani kerana jasa dan baktinya dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, keusahawanan, keselamatan, sosial dan politik.
Berita pemergian beliau yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung petang semalam meninggalkan impak besar dalam kalangan usahawan wanita di negara ini.
#Institut Jantung Negar #Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak #Maznah Hamid #pengebumian