Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi

Fareez Azman
Ogos 1, 2022 14:41 MYT
Jenazah bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selamat dikebumikan sekitar pukul 2.10 petang di Makam Diraja Shah Alam.
SHAH ALAM: Jenazah bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selamat dikebumikan sekitar pukul 2.10 petang di Makam Diraja Shah Alam, di sini.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke upacara pengebumian jenazah Allahyarham Abdul Khalid diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Kaum keluarga serta kenalan Allahyarham turut mengiringi perjalanan terakhir pemimpin berusia 76 tahun itu.
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid sebelum itu disembahyangkan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.
Sementara bacaan talkin disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Muhammad Farhan Wijaya.
Abdul Khalid yang juga dikenali sebagai tokoh korporat menghembuskan nafas terakhir di Hospital Cardiac Vascular Sentral pada Ahad malam.
Allahyarham yang dimasukkan ke hospital sejak 23 April yang lalu akibat jangkitan pada injap jantung meninggalkan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, empat anak dan dua cucu.
#Abdul Khalid Ibrahim #khalid ibrahim meninggal dunia #Makam Diraja Shah Alam #Sultan Selangor
;