Jenazah ibu Menteri Kanan Kerja Raya selamat disemadikan

Azizah Alwi
Januari 14, 2021 16:25 MYT
Fadillah (berbaju putih) menyiram air mawar di pusara ibunya selepas disemadikan di Tanah Perkuburan Samariang Kuching. - Foto Astro AWANI.
KUCHING: Jenazah ibu kepada Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Samariang di sini pada jam 10.45 pagi Khamis.
Allahyarham Dayang Rosnah Abang Madeli menghembuskan nafas terakhir di kediaman Fadillah di PJ Heights, Jalan Sultan Tengah pada jam 6.39 petang semalam.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham ialah Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau turut menyertai solat jenazah sebelum disemadikan.
Fadillah menerusi Setiausaha Akhbarnya, Misiah Taib memberitahu, beliau dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemimpin negara dan rakyat Malaysia yang menghulurkan ucapan takziah.
"Maafkan kami kerana terpaksa melarang orang ramai untuk datang menziarahi di rumah kami, demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan.
"Kami juga mohon maaf kerana tidak dapat membalas satu persatu, ucapan takziah yang disampaikan," katanya lagi.
#Fadillah Yusof #Menteri Kanan Kerja Raya #Dayang Rosnah Abang Medeli #Kuching #meninggal dunia #Semadi
;