Jenazah dua beranak maut di Raub selamat dikebumi di Tumpat

Bernama
Mei 5, 2019 09:45 MYT
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di KM 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Sungai Ruan, Raub, Pahang awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba
Jenazah dua beranak, Hasliza Arini Muhamad @ Hamid, 34 dan, Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril, 2, yang maut dalam kemalangan yang membabitkan dua buah kereta berhampiran simpang Sungai Ruan, Raub pagi semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelaboran, di sini, awal pagi tadi.
Jenazah dua beranak itu tiba di kampung halaman mereka pada pukul 2.05 pagi dengan ambulan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Raub, Pahang.
Jejurus tiba kedua-dua jenazah diusung untuk disembahyangkan di surau berhampiran tanah perkuburan sebelum dikebumikan di dalam satu liang lahad pada pukul 2.50 pag.
Turut hadir ibu mangsa, Sapinah Hussin, 67, yang tidak dapat menahan terpaksa dipapah oleh anggota keluar ramai ketika melihat keranda yang membawa jenazah anak dan cucunya itu diusung.
Dalam tragedi kira-kira jam 2.45 pagi semalam suami Hasliza Arini iaitu Mohd Syaril Sulaiman, 44, serta dua lagi anak mereka, Khaliesah Khairina Mohd Syaril, 7 dan Dhia Afriena Mohd Syaril, 5 cedera parah dan kini masih menerima rawatan di Hospital Lipis.
BACA: Hasrat lima sekeluarga sambut Ramadan di kampung tak kesampaian
Tragedi di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Simpang Sungai Ruan, di Raub, Pahang, yang membabitkan kereta Perodua Myvi dan Perodua Kancil itu turut mengorbankan tiga lagi mangsa sekeluarga iaitu Nasrul Fakhri Mansor, 38, dari Klang, isteri bayi perempuan mereka berumur setahun.
-- BERNAMA
#Hasliza Arini Muhamad #Jenazah dua beranak #kemalangan Raub #maut dalam kemalangan #Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril #Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelaboran
;