Jenazah bekas ADUN Tahan dibawa pulang hari ini
Sinar Harian
Oktober 1, 2018 12:22 MYT
Oktober 1, 2018 12:22 MYT
Jenazah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak, 46 tahun, akan dibawa pulang ke tanah air hari ini.
Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah memberitahu, jenazah Allahyarham dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.05 petang ini.
Menurutnya, jenazah akan dikebumikan di kampung halaman Allahyarham di Felda Jengka 12, Bandar Jengka dan Umno bahagian itu akan membantu urusan terbabit.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Colombo, Sri Lanka ketika menerima rawatan penyakit buah pinggangnya petang semalam.
#Adun Tahan
#belasungkawa
#buah pinggang
#jenazah
#meninggal dunia
#Nazri Ngah
#Sri Lanka
#Wan Amizan Wan Abdul Razak