Jenaka rogol: Maszlee desak menteri, timbalan segera ambil tindakan tegas

Umavathi Ramayah
Mei 9, 2021 20:46 MYT
Maszlee Malik berkata, kes seperti Ain Husniza Saiful Nizam bukanlah sesuatu yang terpencil, sebaliknya berlaku sekian lama. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri dan timbalan menteri pendidikan diminta segera menangani isu membabitkan pendedahan seorang remaja perempuan mengenai jenaka rogol yang didakwa dilakukan oleh gurunya, baru-baru ini.
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik, mendakwa kes seperti didedahkan Ain Husniza Saiful Nizam itu bukanlah sesuatu yang terpencil, sebaliknya berlaku sekian lama.
"Sikap yang ditunjukkan menteri dan timbalan dalam menangani kes ini hanya mencetus ketidakpercayaan ibu bapa ke atas institusi pendidikan. Mereka perlu bertindak lebih proaktif atau sila berundur.
"Sekolah seharusnya menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak," katanya dalam ciapan di Twitternya di sini pada Ahad.

I had been asked by many about the latest issue involving Ain and her school. I would like to urge: 1) The minister and his deputies to show their leadership, and to not ignore this issue. Its not an isolated one. It happened for a long time and it has to end. Please speak up! pic.twitter.com/AsXAUFFopB

— Maszlee Malik (@maszlee) May 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Maszlee turut mendesak KPM menyegerakan pelaksanaan arahan dalam satu memo kepada KPM bertarikh 13 Disember 2019 mengenai jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak di sekolah.
Dalam memo tersebut, Maszlee yang ketika itu Menteri Pendidikan mahu KPM membuat penambahbaikan dalam sistem perlindungan kanak-kanak termasuk mengenai dasar perlindungan kanak-kanak di KPM sebagai intervensi kepada masalah tersebut.
Antara penambahbaikan yang disarankan beliau termasuk menghentikan atau memecat mana-mana pegawai awam yang disahkan bersalah melakukan 'jenayah' tersebut.
"Ia sudah berlarutah sekian lama dan perlu berakhir, tolonglah bersuara," tambahnya lagi.
Terdahulu, remaja berusia 17 tahun itu mendedahkan seorang guru lelaki membuat jenaka berkaitan rogol.
Ekoran pendedahan itu, Ain Husniza menerima reaksi pelbagai termasuk kencaman yang meminta remaja itu menyelesaikan perkara itu secara dalaman dengan pihak sekolah.
Jenaka Rogol | Kerajaan tidak akan kompromi
#Maszlee Malik #Kementerian Pendidikan #gangguan seksual #jenaka rogol #Polis Diraja Malaysia #radzi md jidin #wanita
;