Jemaah umrah Malaysia meninggal dunia dalam penerbangan Dubai-KL

Bernama
Februari 25, 2024 14:25 MYT
Penumpang berusia 57 tahun itu dilaporkan "mengalami sakit dada dan tidak sedarkan diri" semasa penerbangan. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Seorang wanita rakyat Malaysia meninggal dunia dalam penerbangan Emirates dari Dubai ke Kuala Lumpur.
Susulan kejadian itu, penerbangan terbabit melakukan pendaratan cemas di Chennai, India, pada pagi Sabtu.
Penumpang berusia 57 tahun itu dilaporkan "mengalami sakit dada dan tidak sedarkan diri" semasa penerbangan, lapor sebuah laman sesawang berita India.
Jenazah akan dihantar pulang ke Malaysia selepas menjalani bedah siasat di Chennai.
Wanita itu dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas menunaikan umrah.
-- BERNAMA
#Jemaah Umrah Malaysia #meninggal dunia #penerbangan umrah #Dubai
;